Ketangkasan anak muda ini di gelanggang tidak dapat dinafikan. Muncul sebagai naib juara perlawanan persahabatan Soccer Kids & Selebriti Sabtu lalu, Aiman Hakim Ridza yang juga bintang Mentor 5 mencuri tumpuan dengan aksinya yang bersahaja menggelecek bola.
GUA berkesempatan menemubual bintang muda ini yang sedang hangat dengan drama Vanilla Coklat di TV3. Mengulas mengenai perkembangan terkini Aiman, beliau memberitahu akan muncul dalam satu drama bersiri ala-ala siri popular lakonan Jennifer Aniston, ‘FRIENDS’.
“Aiman akan muncul dengan sebuah telemovie dan drama bersiri atas judul yang sama iaitu ‘Friday, I’m in Love’. Drama tentang persahabatan 6 sekawan ini akan menemui penonton tidak lama lagi di saluran TV9. Aiman akan muncul bersama-sama Qi Razali, Zoey Rahman, Rizal Jaafar, Nabila Dally dan pelakon lain dalam drama ini”, ujar Aiman yang juga bekas protégé kepada Rahim Maarof ini.

Ketika ditanyakan mengenai drama lakonannya, Vanilla Coklat yang memang meletup sekarang, Aiman yang tidak lekang mengukir senyuman menyatakan rasa syukur dan gembiranya berkenaan berita positif itu. GUA yang juga gemar melayan drama ini sempat bertanyakan Aiman jika ada ura-ura drama ini akan difilemkan.
“Aiman rasa ‘happy’ dan berterima kasih sebab ramai yang menerima baik drama ini. Pada yang tak henti-henti menyokong drama ini, Aiman hargai sangat-sangat. Sejujurnya, memang ada perancangan untuk tampilkan drama ini dalam bentuk filem. Tapi semuanya masih awal untuk Aiman beritahu. Masih dalam perbincangan. Kalau ada rezeki nanti, insya-Allah”, jelas Aiman.
Mengulas mengenai rancangan Soccer Kids, Aiman turut berkongsi rasa terujanya untuk menyaksikan bakat-bakat baru ini menunjukkan kebolehan masing-masing. Tambah Aiman lagi, rancangan sebegini bagus untuk mencungkil bakat-bakat baru di samping menggalakkan gaya hidup sihat. Aiman juga mengakui futsal merupakan aktiviti wajib beliau bersama teman-teman ketika lapang.
GUA juga sempat bertanyakan Aiman mengenai karier nyanyian beliau. Aiman berkata, beliau tidak sesekali melupakan minat beliau dalam seni suara tetapi menunggu masa yang sesuai untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang itu. GUA percaya denga pakej serta bakat yang ada pada Aiman, anak muda ini pasti akan terus menyinar di persada seni tanahair. Semoga berjaya Aiman!
Sumber : Gua Blog

No comments:
Post a Comment