Wednesday, March 21, 2012

Dapat Rm 280,000 Dalam Masa 10 Minit


TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.
Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu. Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

1000 Pekerja Syarikat Facebook Jadi Jutawan!



LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Cicak Ajaib! Tidak mati ditelan Pemangsanya~

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.


John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.


Ketika mereka mengambil foto ini ikan memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.





Tetapi sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak











Cicak itu dikeluarkan dengan bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.




"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."

Ikan Gergasi Di Tasik kenyir



Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos telah dibiakkan di Tasik Kenyir, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu telah dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China pada 2 hingga 6 Oktober 2011.

Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.

"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco.

Tuesday, March 20, 2012

Budak Ini Ada Cengkerang Penyu Di belakang Badan





Maimaiti Hali seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari China menjalani pembedahan untuk membuangketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya beberapa hari lalu.





Dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya.Mereka mengelarnya si budak 'Penyu" kerana cengkerang itu semakin membesar serta keras seperti cengkerang penyu.


Masalah ini (cengkerang) telah dikenal pasti oleh doktor sejak Maimaiti masih kecil tetapi untuk menjalankan pembedahan doktor terpaksa menunggu Maimaiti membesar.

Ipad 3 Bermasalah!!




Ketika syarikat teknologi tinggi terkemuka dunia, Apple, memasarkan gajet edisi terbaru iPad 3, ia bagaikan ‘goreng pisang panas’ apabila begitu ramai penggemar teknologi skrin sentuh (touchscreen) berbaris untuk menjadi antara yang pertama memilikinya.



Begitupun, ramai yang pulang dengan perasaan hampa apabila gajet tersebut kehabisan stok dan mereka terpaksa menunggu stok baru untuk tiba di negara masing-masing.

Namun belum pun sampai sebulan ia dipasarkan, media antarabangsa, dailymail.co.uk melaporkan bahawa para pengguna iPad 3 sudah mula merungut mengenainya prestasinya yang dikatakan cepat ‘over heat’.

Menurut forum di laman web rasmi syarikat Apple sendiri, para pemilik iPad 3 mendakwa bahawa gajet tersebut cepat ‘panas’ berbanding edisi terdahulu dan agak kurang selesa untuk digunakan.

Produk terbaru Apple tersebut dikatakan mempunyai masalah cepat panas di bahagian bawah sebelah kirinya dan ada juga yang mendakwa ia melibatkan hampir seluruh bahagian kirinya.

Seorang pemilik iPad 3 yang hanya dikenali sebagai Faaty menyatakan bahawa dia suka pada skrin dan kelajuan gajet tersebut, namun berpendapat bahawa ada yang tidak kena pada gajet barunya itu.

“Ia agak panas selepas digunakan selama 30 minit. Ia tidak pernah berlaku pada iPad 2 saya. Adakah anda fikir ia tidak merbahaya atau ….?” katanya di forum tersebut.

“Kepanasan (iPad 3) milik saya pula bertumpu di bahagian bawah sebelah kiri, sebelah kiri lebih panas dari bahagian di sebelah kanan,” kata seorang lagi ahli forum yang menggunakan nama samaran Rawwave.

“(Ipad 3) kepunyaan saya pula mula panas selepas digunakan selama 10 minit dan selepas digunakan selama 25 minit ia agak panas untuk disentuh (tidak cukup panas untuk membakar, namun ia lebih panas dari yang sepatutnya),” kata znz212 pula.

Bagaimanapun, sebahagian dari ahli forum tersebut menjelaskan bahawa mereka iPad 3 mereka telah digantikan dengan yang baru apabila membawa iPad 3 mereka yang bermasalah ke kedai wakil rasmi Apple dan mendapati ia tidak bermasalah lagi.

iPad 3 telah dilancarkan pada awal bulan ini dan mendapat pujian ramai tentang spesifikasi terbarunya yang memiliki 3.1 juta pixel pada skrin 9.7 inci dan merupakan paparan paling jelas bagi semua kategori tablet terkini.

Apple di laman rasmi syarikat itu memaklumkan bahawa iPad perlu kekal di bawah 35 darjah selsius bagi suhu operasi yang paling optimum.

Lelaki Ini Potong Payudara Isteri



SEOUL – Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.

Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.

Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.

Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.

Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi.