Wednesday, March 21, 2012

Ikan Gergasi Di Tasik kenyir



Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos telah dibiakkan di Tasik Kenyir, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu telah dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China pada 2 hingga 6 Oktober 2011.

Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.

"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco.

Tuesday, March 20, 2012

Budak Ini Ada Cengkerang Penyu Di belakang Badan





Maimaiti Hali seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dari China menjalani pembedahan untuk membuangketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya beberapa hari lalu.





Dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya.Mereka mengelarnya si budak 'Penyu" kerana cengkerang itu semakin membesar serta keras seperti cengkerang penyu.


Masalah ini (cengkerang) telah dikenal pasti oleh doktor sejak Maimaiti masih kecil tetapi untuk menjalankan pembedahan doktor terpaksa menunggu Maimaiti membesar.

Ipad 3 Bermasalah!!




Ketika syarikat teknologi tinggi terkemuka dunia, Apple, memasarkan gajet edisi terbaru iPad 3, ia bagaikan ‘goreng pisang panas’ apabila begitu ramai penggemar teknologi skrin sentuh (touchscreen) berbaris untuk menjadi antara yang pertama memilikinya.



Begitupun, ramai yang pulang dengan perasaan hampa apabila gajet tersebut kehabisan stok dan mereka terpaksa menunggu stok baru untuk tiba di negara masing-masing.

Namun belum pun sampai sebulan ia dipasarkan, media antarabangsa, dailymail.co.uk melaporkan bahawa para pengguna iPad 3 sudah mula merungut mengenainya prestasinya yang dikatakan cepat ‘over heat’.

Menurut forum di laman web rasmi syarikat Apple sendiri, para pemilik iPad 3 mendakwa bahawa gajet tersebut cepat ‘panas’ berbanding edisi terdahulu dan agak kurang selesa untuk digunakan.

Produk terbaru Apple tersebut dikatakan mempunyai masalah cepat panas di bahagian bawah sebelah kirinya dan ada juga yang mendakwa ia melibatkan hampir seluruh bahagian kirinya.

Seorang pemilik iPad 3 yang hanya dikenali sebagai Faaty menyatakan bahawa dia suka pada skrin dan kelajuan gajet tersebut, namun berpendapat bahawa ada yang tidak kena pada gajet barunya itu.

“Ia agak panas selepas digunakan selama 30 minit. Ia tidak pernah berlaku pada iPad 2 saya. Adakah anda fikir ia tidak merbahaya atau ….?” katanya di forum tersebut.

“Kepanasan (iPad 3) milik saya pula bertumpu di bahagian bawah sebelah kiri, sebelah kiri lebih panas dari bahagian di sebelah kanan,” kata seorang lagi ahli forum yang menggunakan nama samaran Rawwave.

“(Ipad 3) kepunyaan saya pula mula panas selepas digunakan selama 10 minit dan selepas digunakan selama 25 minit ia agak panas untuk disentuh (tidak cukup panas untuk membakar, namun ia lebih panas dari yang sepatutnya),” kata znz212 pula.

Bagaimanapun, sebahagian dari ahli forum tersebut menjelaskan bahawa mereka iPad 3 mereka telah digantikan dengan yang baru apabila membawa iPad 3 mereka yang bermasalah ke kedai wakil rasmi Apple dan mendapati ia tidak bermasalah lagi.

iPad 3 telah dilancarkan pada awal bulan ini dan mendapat pujian ramai tentang spesifikasi terbarunya yang memiliki 3.1 juta pixel pada skrin 9.7 inci dan merupakan paparan paling jelas bagi semua kategori tablet terkini.

Apple di laman rasmi syarikat itu memaklumkan bahawa iPad perlu kekal di bawah 35 darjah selsius bagi suhu operasi yang paling optimum.

Lelaki Ini Potong Payudara Isteri



SEOUL – Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam.

Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.

Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.

Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.

Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.

Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Agensi.

Sunday, March 18, 2012

Tergempar!! Aaron Aziz Ditangkap Di Luar Negara



Aaron Ajis ditangkap di  USA gitu~


Aaron Aziz Masuk Hospital




Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.
Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri ‘lagak ngeri’ dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.

Dek kerana tersalah ‘landing’, mamat tu terpaksa ‘landing’ di katil hospital!
Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.

Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut
Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.
Agak-agaknya ‘scene’ apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?

Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.
Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini

Saturday, March 17, 2012

Goda Lelaki Hisap payudara(disapu dadah), lalu melakukan rompakan!

Sekali lagi wanita menggunakan aset mereka untuk memperdaya lelaki yang hidung belang. Jika geng wanita Zimbabwe merogol lelaki hanya untuk air mani tetapi di Thailand geng wanita memperdayakan lelaki kaya bagi merompak the real money.

Sekumpulan wanita yang kreatif dan berpengalaman luas dalam bidang seksual menggunakan buah dada mereka sebagai alat untuk merompak.

Sasaran mereka setakat ini ialah lelaki berbangsa China yang melencong melancong di Phuket Thailand. Yang Jawa jangan risau walau pun anda kaya.

Caranya ialah kumpulan wanita ini akan mencalitkan sejenis dadah yang tidak berbau dan berwarna ke dada dan belahan buah dada mereka sebelum menggoda lelaki kaya itu ke ranjang asmara.

Mengapa di buah dada? Sebab wanita itu tahu bahawa lelaki akan menuju ke kembar seiras tersebut terlebih dahulu sebelum aksi seterusnya. (Kalau anda lelaki pasti anda tahu)

Dan apabila lelaki yang gelojoh itu menghisap buah dada yang berdadah itu mereka akan terus hilang kesedaran dan di masa inilah wanita yang berDADAh ini merompak barang berharga lelaki “tak sedar diri” itu.

Dengan menggunakan kaedah ini, ketua geng ini yang juga berbuah dada @ wanita dilaporkan memperolehi sejumlah RM394,130 setahun dengan hanya bermodal lelaki menghisap dada.

Buat masa ini, polis di sana telah menangkap 6 wanita yang berkaitan dengan jenayah tersebut.sumber