Thursday, March 29, 2012

Janda Diperkosa!!





KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.

“Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.

“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam.

Tuesday, March 27, 2012

Ipad 2 Disaluti Emas dan tulang Dinasour Rm 25 Juta





GOLD History iPad 2 barangkali sebuah peranti elektronik paling “extreme” boleh anda miliki. Bukan sahaja disaluti oleh 2 kilogram emas 24-carat beserta 12.5 carat berlian, malah ia turut disaluti tulang dinosour, dari fosil T-Rex yang diasah menjadi batu.

Bagaimanapun, hanya dua peranti berharga RM25 juta seperti itu akan dihasilkan. Jika anda ada wang tunai sebanyak RM25 Juta dan inginkan iPad 2 bersalut emas dan tulang dinosour ini, hanya satu yang tinggal kerana sebuah lagi sudah ditempah.

Peranti itu dihiasi dengan berlian 12.5 carat ditambah dengan, sekiranya anda terbalikkan, logo Apple yang terpampang itu diperbuat daripada 52 set batu-batu permata yang terpisah.

Bahagian belakangnya dilitupi oleh emas tulen seberat 2 kilogram.

Peranti iPad 2 itu turut digabungkan dengan 750 gram Canadian Ammolite, iaitu batu tertua di dunia, berusia 75 juta tahun, juga 57 gram tulang dari peha Tyrannosaur yang diasah sehingga menjadi batu.

Tidak cukup dengan semua kepuasan yang mampu membuatkan anda pening, ia disudahi dengan permata tunggal 8.5 carat dikelilingi 12 berlian-berlian yang dilihat tanpa cacat celanya.

Stuart Hughes memang tidak asing dengan barangan untuk memenuhi kepuasan yang dilihat begitu menggila. Pereka dari Britain itu pernah mencipta pelbagai peranti-peranti “ultra-mewah” sejak memulakan perniagaannya 12 tahun lalu.

Rembatan Rooney Patahkan Tangan Budak!


\

LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.

Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

“Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya,” tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.

Bapa kanak-kanak tersebut, Andy berkata insiden yang menimpa anaknya berlaku ketika pemain United sedang memanaskan padang.

“Ketika itu Rooney dan (Javier) Hernandez melakukan beberapa sepakan.

“Tanpa diduga sepakan Rooney tersasar dan bola tepat menghala ke arah Jamie. Dia bertindak balas dengan mengangkat tangan untuk menepis bola daripada mengenainya dan akibatnya, pergelangan tangannya patah.”

Thomas menerima rawatan daripada pasukan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.

Rooney berkata, dia tidak tahu insiden terbabit ketika itu. – REUTERS

Pelik! Wanita Ini Kahwin Dengan Laptop Sendiri





Namanya, Hermione Way,
Negara Asal : England
Usia saat ini, 24 Tahun
Status, Menikah
Nama Suami, Alex Mcbook



sekarang cek Biodata Suaminya Hermione..
Nama Lengkap : Alex
Negara Asal : Amerika
Jenis Kelamin: Lelaki.
Status, Menikah
Nama Istri, Hermione Way
Spesifikasi lainnya, DVD Rom, Prosesor Intel Core2Duo, 2GB (two 1GB SO-DIMMs) of 1066MHz DDR3 SDRAM; two SO-DIMM slots support up to 4GB,Layar 17″ dll

Ya, gadis Kesepian asal England ini, menikahi MacBook nya sendiri, yang diberi nama Alex.



“We know Hermione will have a happy life.”

“Alex and I are happy together,” declares “the bride” on YouTube.

“We’re inseparable. We’ve been spending every minute of every day together for the past two years.”

P/S : Pelik tapi benar, itulah gaya hidup tak logik di eropah..

Sunday, March 25, 2012

Cantik!! Juara Model Tudung





SHAH ALAM – Peminat tegar tudung Fareeda yang telah mempunyai lebih 50 koleksi tudung itu tidak menyangka telah terpilih sebagai juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 yang berakhir di SACC Mall di sini semalam.

Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama, bidang pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu telah menggayakan tudung fesyen terkini Fareeda dinamakan Rozana sebelum dinobatkan sebagai juara.

“Sokongan saya terhadap tudung Fareeda sejak tingkatan lima lagi berbaloi apabila berjaya menjadi model tudung yang saya paling minat.

“Tudung jenis Rozana sahaja saya ada lebih 10 koleksi, tudung ini memang senang dipakai dan tidak perlu aksesori tambahan,” katanya yang juga meminati bidang peragaan ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Teruk !! 3 Gadis Melayu Kerja Penari Tiang



NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal.

Hal ini patut dibanteras oleh pihak yang berkuasa.! Wajib!

Saturday, March 24, 2012

Kejam!! Kurung Kekasih dan jadikan Hamba Seks



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mengurung kekasihnya di hotel bajet di Jalan Haji Taib 3, Chow Kit, di sini selama seminggu sejak 9 Mac lalu untuk dijadikan hamba seks.

Bagaimanapun, dengan pertolongan seorang pekerja hotel, mangsa berjaya melarikan diri pada 16 Mac lalu sebelum membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya.

Pada masa sama, terdapat satu laporan dibuat bapa mangsa yang menyatakan anaknya itu berusia 32 tahun melarikan diri dari rumah pada 10 Mac selepas mangsa tidak pulang ke rumah

Berdasarkan semakan laporan itu, mangsa ditahan sebelum penahanannya dimaklumkan kepada bapanya.

Selepas bapa mangsa datang menemui anaknya di balai polis, mangsa dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Hulu Klang mengikut teman lelakinya itu dikenali sebulan lalu, jam 5 petang, 9 Mac selepas lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di ibu kota.“Sebelum keluar bersama lelaki itu, mangsa diminta meminjam RM1,000 daripada ibunya dan dengan menunggang motosikal, mangsa dibawa ke Chow Kit sebelum menyewa hotel bajet di Jalan Haji Taib 3,” katanya.