Wednesday, March 21, 2012

Perang Paling Pelik Di Dunia



1 - The Anglo-Zanzibar War: perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit

Perang aneh antara British melawan Zanziabar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash. Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.



2 - The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi

Pig War @ Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.


Perang Babi, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor babi, juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. Babi adalah satu-satunya 'mangsa' perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.







3 - 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada korban

Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom). Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.



4 - Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari
Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.


Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama. Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.




5 - Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu

Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia. Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.


Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' - hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'Emu War' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.











6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bolasepak

Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fĂștbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.






Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.






7 - War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf
Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.
Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.

Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.

Top 10 Gengster Paling Taiko Kat Dunia~!

10. Jamaican - British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.


9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.


8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di Serbia.


7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.


6. Mexican Mafia
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh.


5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.


4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.


3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.


2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.


1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.


Sumber: Wujud

Tong Gas Paling Ringan Dalam Dunia~!

HANYA 4.7KG...model mengangkat silinder yang diperbuat daripada komposit berkualiti.
Klik Sini Dan Pergi Australia Sekarang!!
FAIDHI Holdings Sdn Bhd (Faidhi Holdings), syarikat tempatan pertama yang mengeluarkan silinder gas LPG komposit akan memasarkan sejumlah 500,000 unit keluaran produk berkenaan menjelang awal tahun depan.
Presidennya, Abu Talib Abu berkata, pengeluaran silinder gas LPG berkenaan akan dilakukan di kilang berkapasiti rendah seluas 20.2 hektar di Pulau Carey, Selangor dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan lagi.

“Keluaran pertama hanya akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang, memandangkan kapasiti pengeluaran yang terhad di kilang berkenaan iaitu 50,000 unit sebulan dan kami menjangkakan pasaran akan dikembangkan selepas kilang kedua yang berkapasiti tinggi beroperasi mulai tahun depan.

“Kilang berkapasiti tinggi ini mampu menghasilkan tiga juta silinder gas LPG komposit setahun dan mampu memenuhi keperluan pengguna di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Silinder gas LPG Komposit 1Malaysia yang diperbuat daripada gentian kaca di Putrajaya, semalam.

Ipad 3 Bermasalah



Klik Sini dan Pergi Australia Sekarang~!!



SAN FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan.
Consumer Reports menyatakan, iPad generasi baru dengan pemproses lebih berkuasa itu boleh mencapai suhu 46.6 darjah Celsius, terutama apabila digunakan untuk permainan video.

Jurucakap Consumer Reports, James McQueen, berkata iPod terbaru itu lebih hangat berbanding versi sebelumnya.

“Orang ramai perlu berhati-hati.

“Kami tidak mendakwa produk itu berbahaya, tetapi pada suhu itu, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya.

Menurut Consumer Reports, iPad generasi ketiga itu 12 darjah lebih hangat berbanding iPad 2 ketika berfungsi sebagai alat permainan video atau memuat turun fail besar, berpusat di satu sudut belakangnya. - AFP

Dapat Rm 280,000 Dalam Masa 10 Minit


TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.
Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu. Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

1000 Pekerja Syarikat Facebook Jadi Jutawan!



LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.

Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Cicak Ajaib! Tidak mati ditelan Pemangsanya~

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.


John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.


Ketika mereka mengambil foto ini ikan memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.





Tetapi sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak











Cicak itu dikeluarkan dengan bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.




"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."